Pengasas BOM Resources ini memulakan perniagaan sejak 2013, dalam masa pengajian beliau di Universiti lagi. Minat beliau untuk mencuba benda baru seperti mempelajari teknologi semasa dan lain-lain mencetuskan minat beliau untuk memulakan perniagaan sendiri. Afiq Manan atau lebih dikenali sebagai Bro AM, beliau memperolehi pengalaman bekerja lebih daripada 2 tahun dalam satu syarikat Digital Marketing di Selangor dan juga mempunyai pengalaman sebagai e-Usahawan Trainer selama 2 tahun dan masih bergiat aktif sehingga kini.