fbpx

Latar Belakang BOM Resources

Business Online Marketing Resources
Atau lebih dikenali dengan nama BOM Resources  di tubuhkan pada tahun 2018 bagi membantu para usahawan kecil dan sederhana yang mahu dan mencari ilmu pengetahuan  mengenai pemasaran secara atas talian ataupun online markerting.
 
Ditubuhkan di Kota Bharu Kelantan kerana kami mempunyai rasa bertanggungjawab bagi menyebarkan ilmu pemasaran atas talian atau online marketing kepada seluruh warga Kelantan khususnya.
 
Penubuhan ini juga disebabkan sikap peduli kami yang mendapati masih ramai yang  “Ketinggalan Zaman” di dalam teknik dan sistem pemasaran secara online.
 
Pemilik dan Trainer secara langsung kepada BOM Resources ini adalah Bro AM dan Sis Hanis, masing-masing mempunyai pengiktirafan dari MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) sebagai eUsahawan Trainer. Selain itu kami juga ada menjemput trainer-trainer luar untuk memenuhi keperluan usahawan.
 
Kelebihan utama kelas atau bengkel kami adalah dari segi praktikal “Buat Sampai Jadi Tak Jadi Tak Boleh Balik” 
 

Alhamdulillah dengan pekara baik kami buat ini telah dapat banyak maklum balas yang positif dari usahawan di Seluruh Pantai Timur terutamanya.

Kami juga pernah bekerjasama dengan Kolej Vokasional Pasir Mas Kelantan, KADA Kota Bharu, Uitm Machang, ECER dan pelbagai lagi pihak lain yang ingin bekerjasama dengan kami, amat kami alu-alukan.
 
 Banyak servis dan pakej yang kami sediakan terutama di dalam dunia perniagaan digital.
Untuk tahu apa yang kami tawarkan tekan sini.
×
×

Cart

× Whatsapp